Tour Overview

Pakej Percutian Bali 4H3M – Jelajah Pulau Dewata Eksotik – Nikmati pengalaman percutian yang penuh warna ke Pulau Bali selama 4 Hari 3 Malam! Pakej ini direka khas untuk anda yang ingin menikmati keindahan alam, budaya, dan suasana santai pulau paling terkenal di Indonesia ini. Mulakan perjalanan anda dengan sambutan hangat di Lapangan Terbang Ngurah Rai, sebelum menjelajahi keindahan Pura Tanah Lot, Pantai Kuta, dan pesona Bali Selatan yang menakjubkan.

Hari kedua dipenuhi dengan keseronokan aktiviti pantai di Tanjung Benoa, panorama memukau di Pantai Melasti, serta pemandangan matahari terbenam di Pura Uluwatu yang mempesona. Hari ketiga membawa anda ke suasana sejuk pergunungan Kintamani, mengunjungi Desa Penglipuran, dan menikmati aroma kopi asli di Agrowisata Kopi Luwak. Akhiri perjalanan dengan membeli-belah oleh-oleh khas Bali sebelum dihantar kembali ke lapangan terbang.

Pakej ini sesuai untuk pasangan, keluarga mahupun kumpulan yang ingin menikmati keindahan Bali dengan keselesaan pengangkutan, makanan tempatan, dan penginapan terbaik. Rasai pengalaman magis Bali – pulau seribu pura yang memikat hati setiap pelancong!

Tour Highlights

  • Sambutan hangat dengan kalungan bunga di Lapangan Terbang Ngurah Rai
  • Lawatan ke Pura Tanah Lot dan Pura Uluwatu yang ikonik
  • Aktiviti air menyeronokkan di Tanjung Benoa Beach (termasuk Banana Boat)
  • Pemandangan indah Pantai Melasti & makan malam romantik di Jimbaran Seafood Café
  • Jelajah budaya di Desa Tradisional Penglipuran
  • Panorama gunung berapi di Kintamani Penelokan
  • Nikmati kopi Bali asli di Agrowisata Kopi Luwak
  • Lawatan ke Pura Tirta Empul, kuil suci air mata air
  • Membeli-belah oleh-oleh khas Bali sebelum berlepas

Pakej Percutian Bali 4 Hari 3 Malam

Hari 1: Ketibaan di Bali – Tanah Lot – Hotel (L/D)

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai mengikut masa penerbangan.
  • Disambut oleh wakil kami dengan kalungan bunga selamat datang sebagai tanda mesra.
  • Bertolak menuju ke Pura Tanah Lot, kuil ikonik di tepi tebing laut yang menjadi simbol Bali.
  • Nikmati pemandangan indah matahari terbenam (jika cuaca mengizinkan).
  • Bergambar di kawasan sekitar Tanah Lot yang terkenal dengan pemandangan dramatik dan suasana spiritual.
  • Seterusnya, kunjungan ke Pantai Kuta atau Pantai Seminyak – kedua-duanya menawarkan pasir putih, ombak yang menarik, dan deretan kafe yang santai.
  • Masa bebas untuk bersiar-siar atau membeli-belah cenderamata di sekitar kawasan Kuta.
  • Makan malam di restoran tempatan kawasan Kuta dengan hidangan tradisional Bali.
  • Bertolak ke hotel pilihan untuk proses check in dan istirahat.
  • Persiapan untuk aktiviti esoknya.
  • (Termasuk: Makan Malam)
  • Durasi Aktiviti: ±10–12 jam

Hari 2: Lawatan Sekitar Bali Selatan (B/L/D)

  • Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan.
  • Dijemput oleh pemandu pelancong profesional kami di lobi hotel.
  • Bertolak menuju ke Pantai Tanjung Benoa, pusat aktiviti sukan air terkenal di Bali.
  • Nikmati aktiviti Banana Boat secara percuma – pengalaman menyeronokkan di tengah laut.
  • Boleh tambah aktiviti pilihan sendiri seperti parasailing, jet ski, flying fish, atau snorkeling (kos tambahan).
  • Makan tengah hari di restoran tempatan
  • Teruskan perjalanan ke Pantai Melasti, pantai cantik dengan tebing batu kapur tinggi dan air laut biru jernih.
  • Singgah bergambar di beberapa spot Instagrammable di kawasan Melasti Beach.
  • Melawat Pura Uluwatu, kuil indah di atas tebing setinggi 70 meter menghadap Lautan Hindi.
  • Saksikan pemandangan matahari terbenam (sunset) yang menakjubkan di Uluwatu.
  • Makan malam di Jimbaran Seafood Café dengan suasana romantik di tepi pantai.
  • Kembali ke hotel untuk berehat dan masa bebas.

Hari 3: Lawatan ke Kintamani & Ubud (B/L/D)

  • Sarapan pagi di hotel dan bersiap untuk lawatan seharian ke kawasan tengah Bali.
  • Dijemput oleh pemandu pelancong di lobi hotel.
  • Perjalanan menuju Desa Tradisional Penglipuran, kampung adat yang terkenal dengan rumah-rumah tersusun rapi
  • Bergambar dan berinteraksi dengan penduduk tempatan untuk mengenali gaya hidup tradisional Bali.
  • Meneruskan perjalanan ke Kintamani Penelokan, kawasan dataran tinggi dengan panorama Gunung dan Tasik Batur
  • Makan tengah hari di restoran tempatan sambil menikmati pemandangan gunung berapi.
  • Singgah di Agrowisata Kopi Luwak, ketahui proses pembuatan kopi terkenal dunia dan nikmati pelbagai minuman kopi & teh.
  • Lawatan diteruskan ke Pura Tirta Empul, kuil suci yang terkenal dengan mata air semulajadi
  • Dalam perjalanan pulang, singgah di kawasan Ubud untuk melihat suasana artistik, kedai seni dan kraftangan tempatan.
  • Makan malam di restoran tempatan sekitar Denpasar atau Ubud.
  • Kembali ke hotel untuk berehat dan masa bebas.

Hari 4: Hotel – Belanja Oleh Oleh – Transfer Airport (B)

  • Masa bebas sementara menunggu waktu check out (paling lewat jam 12.00 tengah hari).
  • Boleh check out lebih awal untuk meluangkan lebih banyak masa membeli-belah.
  • Kunjungan ke Pusat Oleh-Oleh Bali – tempat terbaik untuk membeli cenderamata, baju, makanan kering
  • Bergambar kenangan terakhir bersama pemandu pelancong.
  • Dihantar ke Lapangan Terbang Ngurah Rai untuk penerbangan pulang.
  • Ucapkan “Sampai Jumpa Lagi” dan semoga berjumpa di percutian akan datang!

Pakej Lawatan Termasuk:

  • Penginapan 3 malam di hotel pilihan (sekamar berdua/bertiga)
  • Pengangkutan berhawa dingin (private car/van) sepanjang program
  • Pemandu pelancongan
  • Tiket masuk ke semua tempat lawatan yang disebut dalam itinerari
  • Makan seperti dalam jadual (3x Makan siang, 3x Makan malam, Makan pagi dihotel)
  • Aktiviti Banana Boat percuma di Tanjung Benoa
  • Air mineral setiap hari dalam kenderaan
  • Caj letak kenderaan & tol

Pakej Lawatan Tidak Termasuk:

  • Ticket Kapal Terbang
  • Personal expenses
  • Optional tour
  • Tipping untuk Pemandu Pelancongan